Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Sibu kali ke-12

Home » News  »  Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Sibu kali ke-12
Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Sibu kali ke-12

SIBU, 22 November 2025 — Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Sibu kali ke-12 telah berlangsung dengan penuh harmoni dan jayanya di YS Café, Sibu. Program sehari ini bermula pada awal pagi dengan sesi perkongsian maklumat mengenai peranan TERAJU, yang memberi pendedahan kepada ahli-ahli mengenai peluang serta sokongan yang disediakan kepada para usahawan Bumiputera.

Selesai sesi tersebut, acara diteruskan dengan Mesyuarat Agung Tahunan mengikut agenda yang terkandung dalam perlembagaan DUBS. MAT pada tahun ini turut menyaksikan pemilihan Ahli Jawatankuasa Baharu bagi penggal 2025–2028, yang telah dipilih tanpa pertandingan. Berikut adalah keputusan rasmi:

Senarai Ahli Jawatankuasa DUBS Cawangan Sibu (2025–2028):

Pengerusi: Encik Haryadi bin Hamden

Timbalan Pengerusi: Encik Jimbau Ak Galau

Naib Pengerusi: Puan Norazah binti Omar

Ahli Jawatankuasa:

1. Puan Norina binti Hassan

2. Puan Dayang Fatimah binti Awang Hashim

3. Encik Abang Fairul Syarmil bin Abang Mohammad

4. Puan Rose Ak Chukan

5. Puan Khoaida binti Rapain

Mesyuarat Agung Tahunan kali ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datu Haji Abang Helmi bin Tan Sri Ikhwan, Presiden DUBS Pusat. Turut hadir bersama ialah YBhg. Datuk Haji Abdul Kadier Sahib, Pengerusi DUBS Holdings Sdn. Bhd., yang dalam ucapannya telah berkongsi aspirasi serta inisiatif baharu untuk membantu cawangan-cawangan DUBS, khususnya dalam aspek pengurusan jentera berat.

Terdahulu, Puan Hajah Salmah Umar, Pengerusi DUBS Cawangan Sibu bagi sesi 2022–2025, telah menyampaikan ucapan alu-aluan serta merakamkan penghargaan atas sokongan dan kerjasama semua pihak sepanjang tempoh kepimpinan beliau.

Proses pemilihan Ahli Jawatankuasa Baharu telah diselaraskan dengan teratur oleh Yang Berusaha Encik Iskandar Haji Sharkawi, Penolong Setiausaha Agung DUBS Pusat, dengan dibantu oleh Tuan Haji Abang Ishak (Bendahari Agung DUBS Pusat), Encik Sarbini bin Haji Abang, dan Encik Muhammad Akmal Hakim bin Hussien.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.50 ptg dengan semangat baharu dalam usaha memperkasakan usahawan Bumiputera di Sibu selaras dengan visi DUBS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *