Selamat berjumpa kembali dalam laman web baru DUBS ini yang mengganti
laman web sebelumnya yang wujud sejak tahun 2006. Memandangkan kemajuan
teknology ICT yang berkembang pesat sejak sepuluh tahun yang lepas, maka
DUBS berasa perlu mengemaskini laman web kita dengan wajah baru yang
memuatkan ciri-ciri terkini.
Laman Web baru ini memaparkan ciri-ciri
yang lebih mudah dilayari dengan grafik yang lebih menarik serta
memuatkan pautan-pautan ke banyak laman web yang berkaitan bagi
memudahkan ahli-ahli melayari mencari maklumat perniagaan. Dengan ini
anda boleh mendapat maklumat terkini tentang panduan perniagaan dengan
lebih mudah.
Disamping itu DUBS Pusat dan cawangan-cawangan boleh
memaparkan aktiviti masing serta gambar-gambarnya untuk makluman mereka
dan seluruh ahli yang ingin tahu. Sudah pasti ini akan meningkatkan
semangat kekitaan, networking dan kerjasama dikalangan ahli di seluruh
Sarawak.
Ahli-ahli juga boleh dan digalakkan untuk menggunakan
seksyen khas untuk mengiklan syarikat dan perkhidmatan yang mereka
bekalkan. Satu perkidmatan yang akan disediakan ialah notis atau
maklumat tender yang boleh membantu ahli yang giat dalam kerja tender
maupun dalam tender kerajaan, GLC atau swasta.
Dengan ini saya
mengalu-alukan semua ahli melayari laman web DUBS ini dengan nasihat
semoga gigih berjuang dalam bidang perniagaan dan iringan doa semoga
maju jaya dalam setiap perniagaan yang diusahakan.
Sekian, terima kasih
wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Datu Haji Abang Helmi bin Tan Sri Ikhwan
Presiden, Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak