Majlis Anugerah Usahawan Bumiputera Sarawak 2025 yang berlangsung pada 27 September 2025 melakar satu lagi lembaran kejayaan bagi komuniti perniagaan negeri. Tahniah dan penghargaan kepada semua pemenang, finalis, penganjur serta rakan kongsi yang menjayakan program ini. Terima kasih khas kepada semua pihak media atas liputan dan sokongan berterusan yang membantu menyebarkan kisah usahawan kita.
Kami amat menghargai kehadiran semua tetamu dan penyertaan aktif setiap pihak. Mohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau kekhilafan sepanjang perjalanan majlis. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kolaborasi, inovasi dan pertumbuhan perniagaan di Sarawak.
Teruskan menyokong usahawan tempatan. Jumpa lagi di acara akan datang.
Salam hormat,
DUBS Pusat


