Syukur alhamdulillah, program kerjasama Dewanita dan Kek Lapis Mamasu telah mengagihkan minuman, kek serta buah-buahan kepada peserta perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul di Waterfront, Kuching pagi tadi. Terima kasih kepada semua sukarelawan dan penyumbang atas komitmen. Semoga kebaikan ini menyemarakkan ukhuwah serta diberkati Allah SWT. InsyaAllah kita terus berkhidmat bersama.


