Menyediakan platform jaringan perniagaan dan kolaborasi industri.
DUBS berperanan sebagai penghubung antara usahawan Bumiputera dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk agensi kerajaan, syarikat swasta, pelabur dan pemain industri. Melalui penganjuran program jaringan perniagaan seperti sesi libat urus, forum, pameran perdagangan dan pertemuan perniagaan (business matching), usahawan berpeluang membina hubungan strategik yang dapat membuka lebih banyak peluang kolaborasi, perkongsian kepakaran serta potensi pasaran baharu.
Inisiatif ini bukan sahaja membantu meningkatkan visibiliti perniagaan ahli, tetapi juga memperkukuh ekosistem kerjasama yang membolehkan usahawan berkembang dengan lebih pantas, berdaya saing dan responsif terhadap keperluan pasaran semasa. DUBS memastikan setiap platform jaringan yang diwujudkan memberi nilai tambah sebenar kepada perkembangan perniagaan Bumiputera di Sarawak.