Dengan seramai kira ada 2000 ahli, Dewan telah memainkan peranannya
dengan berkesan dalam memajukan perdagangan dan perusahaan Bumiputera di
Sarawak. Bidang-bidang utama yang sedang aktif dilaksanakan ialah:
Menganjurkan kursus-kursus untuk ahli-ahli dan peniaga-peniaga Bumiputera amnya.
Membantu kontraktor-kontraktor Bumiputera dalam mendapatkan kontrak-kontrak kerajaan, dan sebagainya.
Menganjurkan Expo diseluruh Negeri bagi memudahkan peniaga Bumiputera memasarkan produk-produk mereka.
Sebagai
sebuah Dewan yang berwibawa, DUBS menerajui Gabungan Usahawan
Bumiputera Sarawak (GUBS). Disini DUBS berserta persatuan-persatuan
Bumiputera yang lain bergabung tenaga dalam memberi sumbangan yang
berfaedah dalam proses penentuan dasar-dasar Kerajaan yang menyentuh
kepentingan peniaga-peniaga Bumiputera. Ini telah dilaksanakan dengan
mengadakan dialog-dialog dan menyampaikan memorandum kepada
menteri-menteri dan pegawai-pegawai kerajaan yang berkenaan.
Selain
itu, Dewan juga telah menubuhkan syarikat subsidiari iaitu syarikat
DUBS Holdings Sdn Bhd yang telah berjaya melaksanakan beberapa kontrak
besar yang diagihkan oleh Kerajaan. Setakat ini DUBS Holdings Sdn Bhd
telah menyiapkan kontrak berjumlah RM95 juta. Pembinaan Wisma DUBS juga
dijangka siap sebelum hujung 2006, dan terletak di kawasan Padungan,
Kuching. DUBS memiliki 8 unit ruang komersial dan ruang pejabat yang
boleh dimanfaatkan oleh ahli-ahli